Resepi Meatball Spaghetti yang simple-dimple gitu haa...Sonang yo nak buek nih. Resepi nih budget-budget untuk 2 orang je. Kalau nak lipat gandakan bilangan orang, pandai-pandaila melipat gandakan bahan-bahannya pula. Tempoh masa untuk sediakan hidangan yang marvelous ni sekejap je. Paling lama pon sejam dah siap. Bahan-bahan pon senang nak cari@beli. Makan panas-panas baru best, kalau dah sejuk nanti muak pulak. Okie dokie, selamat mencuba...
Berikut adalah bahan-bahannya (penyediaan untuk 2 orang):
1. Satu paket 'San Remo' Spirals (guna separuh je) ==> Rebus dalam periuk + garam secubit + minyak 2 sb
2. Meatball Tesco (amek 6 bijik je) ==> Goreng sampai garing
3. Satu tin sos spaghetti mushroom (guna 1/2 tin je)
4. Satu paket cheesedale (guna 2 keping je)
5. Satu keping daging burger Ramly ('thaw'kan)
6. Dua biji bawang besar (potong dadu)
7. Dua ulas bawang putih (potong dadu)
8. Sebiji cili merah (potong kecil)
9. Satu biji tomato saiz besar (potong dadu)
10. Satu batang daun celery (potong dadu)
11. Air masak separuh cawan kopi
12. Minyak 3 sb untuk menumis
13. Garam
14. Air teh Lipton perisa peach ( Ini sebagai penghilang dahaga....sedap tau, cubala. Murah je...RM2.20
sepaket).
Cara-cara memasaknya:
Mula-mula panaskan minyak (12) dalam periuk. Kemudian, masukkan (6) , (7) dan (8) dalam periuk tadi. Tumis sampai lembik. Tak payah tunggu sampai garing. Masukkan pula (5). Cincang-cincangkan (5) sampai hancur dalam periuk. Selepas tu, masukkan (3) dan (11). Kacau sampai menggelegak. Masukkan pula (9) dan (10). Kacau lagi sampai sebati dan masak. Adjust pulak rasa dengan garam skit. Pastu da boleh kecilkan api. Sementara tu, sediakan pinggan. Masukkan (1) dalam pinggan. Susun (2) kat tepi pinggan. Tuang pula kuah spaghetti yang tengah panas tu atas spaghetti. Jangan tuang semua, pandai-pandailah bahagikan kuah tu. Pastu letak satu keping (4) atasnya dan layerkan lagi kuah spaghetti atas (4) tu. Ok, siaappp! Jangan lupa hidangkan bersama air teh peach...
Cadangan hidangan:

















